Hi ibu-ibu sekalian =)
Pernah alami tak kulat susu/kurap susu atau omputehnya sebut THRUSH pada bayi anda ?? kita boleh kategorikan masalah nie sebagai jangkitan fungal dalam mulut bayi..ianya seperti keputihan didalam mulut dan mulut dan bibir bayi boleh jadi kering..kesian kan..kita yang dewasa nie kalau mulut kering pon tak selesa..Kalau ikutkan memang banyak faktor kulat susu nie..antaranya bayi tuh sendiri belum ada keseimbangan hormon apabila bayi mula mengeluarkan hormon dia sendiri.
Macam mana nak bezakan kulat susu dengan masalah kulit yang lain (example eczema, ruam lampin etc) yang biasa terjadi pada bayi ??
Kulat susu nie gejala dia macam mempunyai beberapa bintik-bintik putih, atau lapisan, diatas lidah,
langit-langit mulut bayi, dan di bahagian dalam pipi mereka,
kemungkinan ianya adalah ‘thrush’.
Ianya tidak sakit, tetapi boleh mengganggu bayi korang waktu ia menyusu atau makan. Tetapi jika kita yang dewasa nie mengalaminya, memang terasa amat sakit!
contoh kulat susu dalam mulut bayi |
Punca kulat susu ??
Melalui apa yang saya baca dari Mr Google, ibu mommy ummi semua kat luar sana boleh elakkan/jauhi kulat susu pada bayi dinasihatkan menjauhi segala ubatan herba atau penggunaan antibiotik kerana benda-benda tuh semua dipindahkan kepada bayi melalui susu ibu. Bayi yang direct breastfeed yang selalu kena JIKA si ibu mengamalkan ambil ubatan tanpa nasihat doktor atau mengambil jamu pelangsingan untuk kuruskan badan. memang nak kurus lepas bersalin tapi kena pandai pilih produk yang selamat.
Bagaimana membezakan jangkitan kulat (Thrush) dengan saki baki susu ??
Jangkitan kulat (Thrush) adalah berwarna keputihan dan menyerupai saki baki susu, tetapi yang membezakannya ialah keputihan diseluruh bahagian dalam mulut, lidah, lelangit dan bahagian pipi dalam mulut.
Cara minimumkan kulat susu / thrush
Jika anda dapati sukar untuk
menhilangkan lapisan keputihan tersebut, berbincanglah dengan doktor
anda. Jika anda memberi bayi anda susu botol, anda boleh meminimumkan
risiko jangkitan dengan memastikan botol susu bayi anda bersih, dan
disterilisasikan didalam air mendidih setiap hari. Dan memastikan
bahawa tidak ada sesiapa yang meletakkan putting botol bayi anda kedalam
mulut mereka, sebelum diberikan kepada bayi anda.
Apakah langkah-langkah yang perlu ibu-ibu ambil...?
- Basuh dan bersihkan kesemua alatan mainan si comel dan alatan penyusuan/pam susu mommies dengan menggunakan air panas mendidih pada setiap kali selepas penggunaan.
- Cuci tangan sekerap mungkin selepas/sebelum penyusuan, boleh juga menggunakan hand sanitizer untuk membunuh kuman.
- Bersihkan puting para mommies dengan menggunakan air kosong terlebih dahulu sebelum penyusuan kerana puting yang lembab didalam Bra boleh menyebabkan jangkitan kulat.
- Pastikan pengambilan Antibiotik kepada bayi @ mommies adalah diatas nasihat doktor. Penggunaan Antibiotik yang terlalu lama juga boleh menyebabkan jangkitan.
- Beri si comel air putih masak selepas penyusuan kerana ianya boleh membantu menanggalkan saki baki susu yang tersisa diruang mulut. Jika dibiarkan ianya boleh menyebabkan jangkitan kulat.
- Bawalah bayi @ mommies berjumpa doktor jika terdapat sebarang jangkitan atau kekeliruan samaada ianya kulat atau sisa susu.
Bahaya ke THRUSH nie jika tidak dirawat ??
Menurut
pakar, jangkitan ini tidak lah boleh membawa kematian. Tetapi jika bayi
mendapat jangkitan kulat ini, ia akan berasa tidak selesa, kerap
menangis dan tidak mahu menyusu kerana kesakitan.
Menurut pakar
juga, bayi boleh mengalami Demam akibat Dehidrasi. Jika bayi mengalami
demam yang tinggi melebihi 38.2 darjah celsius dan keputihan yang tidak
berkurangan dalam masa seminggu, selalunya keputihan itu adalah dari
kuman yang berbeza dan bukan lagi jangkitan kulat.
Bagaimanapun, segera lah mendapatkan khidmat yang pakar agar segalanya terjamin selamat.
Bagaimana VCOA (minyak kelapa dara) Treenea boleh membantu kulat susu nie?
Minyak
kelapa dara sendiri adalah bersifat anti-virus, anti bacteria, anti-fungus dan anti-protozoa. Pengambilan
secara konsisten oleh si ibu membolehkan khasiat minyak kelapa dara
dipindahkan melalui susu ibu kepada bayi. Itu kalau korang menyusu
la..kalau bayi tak direct breastfeed ada lagi cara boleh kita buat.
cara guna pada bayi :-
♥ cucuk softgel untuk keluarkan minyak dan titiskan kedalam mulut bayi/botol susu bayi ATAU
♥ boleh sapu secara nipis pada tempat bermasalah seperti muka, tangan etc.
♥ cucuk softgel untuk keluarkan minyak dan titiskan kedalam mulut bayi/botol susu bayi ATAU
♥ boleh sapu secara nipis pada tempat bermasalah seperti muka, tangan etc.
ASID LAURIK DALAM VCO = SUSU IBU
No comments:
Post a Comment