Thursday, 30 January 2014

TIPS & CARA MAKAN VITAMIN SHAKLEE

Salam Khamis Salam Ceria!!

Makan vitamin tidak nampak kesan? Mahu tips berkesan pengambilan supplement agar berkesan? Jom semak tips dibawah.



1. Pengambilan air kosong dipandang remeh

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung

Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.Sebab itu bila terlebih minuman manis, memang mudah GEMUK kerana tubuh lebih mudah membakar gula dari membakar lemak itu sendiri. Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

Tips pengambilan air: Setiap 25kg berat badan kita memerlukan 1L air. Maka jika anda berat 50kg perlu minum sekurang-kurangnya 2L air. 




2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa. 

Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Kepekatan darah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kita rasa pening dan seakan nak pitam. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.





3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat. (panduan umum makan vitamin klik SINI)

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.



4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian.

Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.


5. Pantang larang makan vitamin. (klik SINI untuk info, panduan umum makan vitamin klik SINI)

Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.



TIPS UNTUK IBU MENYUSU.

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli.




✉ SMS | ✆ Whatsapp : 013-734 2887
SID: 1070787
Page : Treenea Damansara Damai - Dinda Beauty & Wellness

Anda boleh dapatkan dari saya atau anda boleh dapatkan Shaklee di Cawangan seluruh Malaysia dengan ID saya (1070787), anda layak untuk mendapatkan ini:

1. FREE AFTER SALE CONSULTATION
2. FREE JADUAL MAKAN EKSLUSIF UNTUK CUSTOMERS SHJ
3. HARGA TERLAJAK ISTIMEWA



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...