Sunday, 26 January 2014

Perbezaan: Vitamin Sintetik vs Vitamin Semulajadi

Salam ceria Ahad.... 

Hujung minggu diserang selesema. Fuhh boleh kata asyik bersin selalu. Nasib ada Vitamin C Shaklee. Tips mudah jika demam, patahkan dua vitamin C sebelum telan. Vitamin C akan meningkatkan imunisasi badan. So kalau rasa-rasa nak demam cepat telan Vitamin C ya. 

Saya lebih selesa memilih supplement vitamin yang semulajadi pengganti ubatan. Katakan tidak pada vitamin sintetik. Untuk makluman, vitamin semulajadi paling asli semestinya dapat kita perolehi dari makanan yang lengkap. Maka, apa pula panduan dalam mengenal pasti vitamin semulajadi dalam bentuk pil/softgel/tablet?



Soalan lazim yang seringkali menjadi perhatian pengguna vitamin

Mengapa semulajadi?
  1. Enzim tidak alami perubahan melampau dalam pemprosesan oleh haba yang tinggi dan pelarut kimia yang keras.
  2. Tidak menggunakan pengisi dan pengikat yang keras yang menghalang penyerapan nutrien.
  3. Penyediaan bahan mentah dari sumber semujadi yang berkualiti.
  4. Imbangan semulajadi dikekalkan sebaik mungkin.
  5. Semulajadi adalah bio-kedapatan dan disimpan dalam tisu badan lebih lama berbanding sintetik.
  6. Semulajadi lebih mudah ditukarkan oleh badan bagi menjalankan kepelbagaian fungsinya.
Mengapa elakkan sintetik? 
  1. Tidak digunakan sepenuhnya oleh tubuh-struktur enzim tubuh kita adalah untuk semulajadi bukannya makmal.
  2. Percubaan untuk memadankan (match) enzim tubuh badan kita dengan vitamin sintetik ialah seumpama memadankan tangan kanan kita dengan sarung tangan kiri.
  3. Semulajadi lebih aktif dari segi biologi berbanding sintetik-42% lebih berkesan dari sentetik. 
Bagaimana mengenal SEMULAJADI atau SINTETIK?
  1. Melalui pembacaan label - huruf "I" bagi tiruan dan "d" bagi semulajadi.
  2. Melalui kehadiran pek "silica gel" dalam bekas - menandakan ianya sintetik.
  3. Rujuk Shaklee Food Supplement -A consumer Reports by Editors of Research Institute of Preventive Health Care.



Perbezaan paling ketara: 
Vitamin semulajadi:
Vitamin dan mineral yang terdapat di dalam vitamin semulajadi adalah ekstrak dari bahan-bahan semulajadidengan menyingkirkan serat2 yang tidak perlu.

Vitamin sintetik:
Ia dihasilkan tanpa perlu menuai tumbuhan atau bahan-bahan yang semulajadi, kerana pembuatannya hanyamencampurkan sebatian kimia tertentu untuk mendapat sebatian yang diingini, sebab itu ia lebih murah!

Kontroversi
Vitamin semulajadi:
Lebih baik diambil sebagai suplement (menurut Dr. Ben Kim) kerana vitamin dan mineral yang terkandung di dalamnya membantu tubuh anda untuk menggunakan vitamin tersebut. Contohnya, bioflavonoid yang ada di dalam vitamin C membolehkan vitamin C itu bertindak lebih aktif terhadap tubuh badan.

Vitamin sintetik:
Vitamin C sintetik TIDAK mengandungi flavonoid. Oleh itu ia mengambil flavonoid dari takungan tubuh anda. Jika tubuh anda tidak cukup bahan itu, tubuh akan membuang lebihan vitamin C itu. Oleh itu, anda perlu melengkapkan diet berkhasiat anda supaya vitamin C tadi (atau apa2 vitamin yang anda makan) boleh berfungsi dengan baik. Jadi apa perlunya anda makan vitamin tambahan??

Kesan kepada tubuh
Vitamin semulajadi:
Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

Vitamin sintetik:
Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, maka kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena ambil magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...