Saturday, 18 January 2014

Ostematrix Shaklee (Pil Kalsium - Nutrien Untuk Membina Tulang & Gigi)

Assalamualaikum, sebut sahaja pasal susu pasti anda yang mukanya berkerut. Saya tidak terkecuali. Sementelah sedari kecil sayalah anak paling awal berhenti menyusu mengikut kata ibu saya. Saya sendiri tidak sukakan rasa susu itu sendiri. Minuman saya dirumah hanyalah air kosong/suam.

Manalah lah nak cukup zat kan. Badan sudahlah kurus (ehem!) sesekali bila regangkan tangan/badan berkriukk kriukk tulang berbunyi. Takut pula kena Osteoporosis. Pernah ambil Anlene sebab risaukan keadaan ini tapi tak bertahan lama. 

Oleh itu hari ini saya ingin memberikan alternatif kepada anda yang tidak gemarkan susu. Tapi dalam masa yang sama kebaikan Calcium tidak patut dipandang remeh. Jawapannya adalah Ostematrix Shaklee. Pil kalsium terbaik yang bukan semata-mata kalsium tapi diperkaya dengan Magnesium, Vitamin D untuk penyerapan kalsium yang sempurna.




Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.

Antara faedah-faedah yang boleh didapati daripada pengambilan Pil Kalsium Ostematrix Shaklee adalah : 

1) Membina tulang dan gigi yang kuat. 
2) Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. 
3) Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf. 
4) Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut (PMS) seperti perut kembung (Bloating), kekejangan (Cramps), retensi air (water retention), mudah meradang (irritability) dan kemurungan (moodiness). 
5) Membantu proses penyimpanan dan pelepasan  sesetengah hormon. 
6) Membantu perkembangan tubuh badan normal. 
7) Merendahkan kandungan fosfat bagi mereka yang mengidap penyakit buah pinggang kronik 


Kenapa Shaklee Ostematrix Menjadi Pilihan : 

1) 1000mg (100% Pengambilan Harian) unsur Kalsium  daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi. 
2) 400mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. 
3) 400IU (100% Pengambilan Harian ) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium. 


Kaplet bersalut yang mudah ditelan

Sajian seharian hanyalah sebanyak emapt kaplet. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua(2) kaplet sehari dua kali berserta makanan. Boleh juga diambil empat(4) biji sebelum tidur. Sangat digalakkan ibu hamil/menyusu untuk memastikan kandungan kalsium yang mencukupi dalam badan. 


Bagaimana Ostematrix membantu ibu-ibu hamil ?

1.  mendapat kalsium yang secukupnya untuk ibu dan anak.

2.  mengoptimumkan pengambilan kalsium dengan formulasi vit D, magnesium yang memastikan serapan yang bagus untuk tulang
3.  menghilangkan lenguh-lenguh dan sakit belakang
4.  bangun dengan cergas tanpa rasa letih
5.  sistem penghadaman kerana ia mampu melawaskan
6.  tiada lagi cramp, simpul biawak masa mengandung



Siapa yang perlu mengambil OsteMatrix Shaklee?
  • Mereka yang kurang mendapat zat2 membina tulang dari pemakanan harian.
  • Mereka yang mengambil berat tentang pembinaan tulang dan mengekalkan tulang yang sihat untuk jangka masa panjang
  • Mereka yang merokok, pengambilan alkohol yang tinggi, atau kerap minum minuman ringan - tabiat gaya hidup yang boleh mengehadkan atau mengganggu penyerapan kalsium
  • Wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, remaja dan warga tua.
  • Ibu hamil dan menyusukan anak
  • Wanita yang mengalami gejala PMS
  • Mereka yang mengambil berat tentang tekanan darah yang normal
  • Sekiranya anda sukar menelan kalsium dalam bentuk lain




Walau bagaimanapun, senaman yang kerap dan diet yang sihat dengan kalsium tambahan boleh mengurangkan risiko osteoporosis, terutama terhadap warga tua. Pengambilan kalsium yang mencukupi adalah penting, tetapi pengambilan harian melebihi 2,000 mg tidak mungkin untuk memberikan apa-apa manfaat tambahan, malah memberi mudarat sekiranya ia tidak dikeluarkan dari tubuh.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...